Resepi Sup Sayur

Sup Sayur
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:2 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Sup Sayur yang sedap dimakan panas-panas di kala cuaca mendung atau ketika kurang sihat. Bahan-bahan sayur boleh di tambah mengikut kesukaan anda cuma sayur yang keras perlu dimasukkan terlebih dahulu supaya lembut dengan sempurna bila siap masak nanti.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • karot
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng
  • Bahan-bahan cincang halus:
  • 1 inci halia,
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  2. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  4. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup dan
  5. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.

Tips:

  • Kalau nak masukkan jenis cendawan jenis yang lain pun boleh juga. Pastikan cendawan dicuci dengan air dan di lap sehingga kering sebelum masak supaya kesegaran cendawan dapat dikekalkan.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: