Resepi Sambal Tumis Sotong dan Petai

Sambal Tumis Sotong Dan Petai
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:20 minit,
  • Jumlah Hidangan:None

Resepi Oleh: Che' Nom

Sambal Tumis Sotong Petai yang kaedah ialah dengan masak sotong tanpa minyak dahulu sehingga keluar airnya supaya sambal menjadi pekat, sotong tidak menjadi kecut dan lembut. Air yang keluar semasa proses memasak sotong tanpa minyak boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah sambal, tapi jika anda tidak suka kan air sotong tersebut boleh dibuang sahaja kerana bagi sesetengah orang rasanya agak kuat.

Sila rujuk video di youtube Che Nom pada link di bawah untuk rujukan.

Bahan-Bahan:

  • 5 ekor sotong
  • 1 biji hirisan bawang besar
  • 1 mangkuk cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula melaka
  • 1 mangkuk isi petai
  • garam secukup rasa
  • Bahan untuk kisar Halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
  2. Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
  6. Masukkan pula sotong dan petai.
  7. Macau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
  8. Perasakan dengan garam secukupnya.

Tips:

  • Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.
  • Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: