Resepi Sambal Tumis Sardin

  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:10 minit,
  • Jumlah Hidangan:3-4 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Sambal Tumis Sardin, masakan yang mudah tapi cukup membangkitkan selera. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, lempeng ataupun roti.

Memang dari dulu lagi, macam ni lah cara Che Nom masak sebab mak yang ajar dan makanan tin yang biasa-biasa aja rasanya boleh bertukar menjadi sangat sedap. Setiap orang lain caranya masaknya. Anda boleh rujuk cara di bawah :)

Bahan-Bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 hirisan nipis halia
  • 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
  2. Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. Che Nom memang suka masukkan kentang pada waktu ini supaya mudah empuk.
  4. Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
  5. Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

  • Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: