Resepi Roti Sosej Cheese Gulung

Roti Sosej Cheese Gulung
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:12 biji

Resepi Oleh: Che' Nom

Roti Sosej Cheese Gulung sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck. Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana cheese nya masih cair dan meleleh di dalam.

Pastikan roti digulung dengan ketat dan salut telur dengan sekata supaya roti tidak mudah terbuka bila masa menggoreng nanti. Bahan-bahan di bawah cuma anggaran sahaja. Boleh sesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda mahukan. Kalau nak buat frozen pun boleh, pastikan roti dibalut dengan kemas sebelum simpan di dalam freezer.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus roti keping
  • 1 pek sosej
  • 1 mangkuk bread crumbs
  • 1 paket kepingan cheese
  • 2 biji telur
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
  3. Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
  4. Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
  5. Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
  6. Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Tips:

  • Che Nom gunakan berus pastry untuk sapu telur di bahagian hujung gulungan sepaya roti melekat sekata dan bertindak seperti gam. Ini untuk pastikan roti tidak mudah terbuka semasa goreng di dalam minyak nanti. Boleh juga kalau nak sapu bahagian hujung roti tu dengan sudu (kalau tak ada berus pastry)

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: