Resepi Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan

Rendang Ayam Aidilfitri Ala Chef Wan
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:40 minit,
  • Jumlah Hidangan:None

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.

Untuk resepi ni Che Nom gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng, tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, iaitu masuk kesemua bahan dalam kuali dan masak dengan perlahan2 sehingga masak dan pecah minyak.

Tiada bahan rempah tumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang, binga cengkih) digunakan dalam resepi ini dan rendang ini lebih kepada cara masak orang minang. Rasanya memang sangat sedap.

Boleh rujuk kepada You Tube video di bawah untuk penerangan lengkap.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 8 biji bawang merah
    • 6 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 3 inci halia
    • 3 inci lengkuas
    • 3 ketul kunyit hidup
    • Cili merah dan cili padi
    • 4 biji buah keras
    • 1 biji bawang merah
  • Bahan-bahan untuk rendang:
    • 1 ekor ayam, potong kecil
    • 1 mangkuk kecil cili kisar
    • 4 helai daun limau purut
    • 1 1/2 biji perahan pati santan
    • 4 sudu besar kerisik
    • 2-3 keping asam gelugur
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Hirisan halus daun kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan untuk kisar halus, dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak,dan naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan daun limau purut yang dicarikkan.
  4. Masak lagi sehingga warna berubah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  5. Masukkan pula ayam, dan masak sehingga ayam kecut.
  6. Masukkan pati santan, asam gelugur, dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Tabur dengan hirisan daun kunyit.

Tips:

  • Untuk rendang, boleh juga kalau kita nak gunakan ayam tua atau ayam pencen kerana teksturnya yang kenyal dan tak mudah hancur.
  • Untuk kerisik pula, pastikan guna kerisik yang segar dan tidak berbau supaya tidak merosakkan rasa rendang kita.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: