Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Pak Choy Tumis Sos Tiram
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.

Bahan-Bahan:

  • 4-5 pokok sayur Pak Choy
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • satu hirisan nipis halia, cincang halus
  • sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
  • 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • sedikit bawang goreng
  • hirisan cili api

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
  2. Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
  3. Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
  5. Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.

Tips:

  • Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: