Resepi Nasi Lemak Tumis

Nasi Lemak Tumis
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba. Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih wangi dan rasa manis bawang yang ditumis tu menambahkan rasa manis yang tersendiri. Sedap dihidang bersama ayam goreng berempah atau ayam rendang.

Terim kasih kepada kak ita kerana sudi berkongsi. Anda harus cuba resepi ini. 

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras
  • santan, agak-agak
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 batang halia, ketuk
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
  6. Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: