Resepi Masak Lemak Labu Sedap

Masak Lemak Labu Sedap
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Masak Lemak Labu yang mudah. Masakan ni memang sedap kalau dipadankan dengan ikan goreng atau sambal belacan. Resepi ala kampung pembuka selera..cubalah :)

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk memasak:
    • 500 gram labu, atau 4 ruas labu
    • 1 batang serai, dititik
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 cawan santan cair
    • 3 cawan santan pekat
    • 1 biji cili merah, dipotong
  • Bahan untuk ditumbuk halus:
    • 3 biji bawang merah
    • 1 cm kunyit hidup/kunyit segar

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk memasak:
    1. Kupas kulit labu dan potong kepada bentuk kiub yang besar. Basuh bersih.
    2. Masukkan labu dan bahan yang ditumbuk halus di dalam periuk dan masak bersama santan cair di atas api perlahan sehingga empuk. Anggaran 5-10 minit, bergantung kepada saiz labu.
    3. Masukkan pula santan pekat dan serai yang diketuk. Masak di atas api yang perlahan sehingga santan pekat mendidih. Perlu kerap dikacau kuah supaya tidak berketul. Tetapi hati-hati mengacau supaya ketulan labu tidak hancur.
    4. Apabila labu sudah masak angkat dan hidang.

Tips:

  • Apabila labu sudah lembut dimasak dalam kuah yang mendidih, untuk memudahkan proses mengacau kuah supaya labu tidak hancur, saya cuma angkat sedikit periuk dan goyangkan beberapa saat supaya kuah tidak berketul. Diulang beberapa kali sehingga masak. Boleh juga kalau nak kacau dengan senduk :)

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: