Resepi Maggi Goreng

Maggi Goreng
  • Masa Penyediaan: 5 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:1 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak. Kita gunakan maggi goreng perisa Kari (maggi bersama perencahnya sekali). Dalam resepi ini Che Nom letak bahan-bahan serta sayur yang ada dalam peti ais sendiri, tetapi anda boleh tukar mengikut citarasa sendiri.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur
  • sedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • kobis
  • sawi
  • cili padi
  • sos cili
  • kicap
  • limau nipis, untuk perahan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus maggi separuh masak, maksudnya jangan terlalu kembang dan kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.
  4. Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.
  5. Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Gereng semuanya sehingga sebati.
  6. Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis.

Tips:

  • Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: