Resepi Kuih Kaswi

Kuih Kaswi
  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:30 minit,
  • Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang terhasil nanti akan lebih wangi dan sedap rasanya. Tekstur kuih kaswi ini tak terlalu keras dan masih bergoyang, menandakan kuih kaswi lembut sedang elok sahaja.

Sila rujuk bahagian TIPS untuk penyediaan kuih kaswi.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk A:
    • 1 cawan gula merah
    • 1 cawan gula putih
    • 2 cawan air
    • 1 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk B:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung ubi kayu
    • 3 cawan air
    • 2 sudu besar bancuhan air kapur
  • Bahan-bahan untuk C:
    • 1 biji kelapa parut
    • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
  4. Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
  5. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.

Tips:

  • Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih.
  • Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: