Resepi Buah Melaka

Buah Melaka
  • Masa Penyediaan: 20 minit,
  • Masa Memasak:10 minit,
  • Jumlah Hidangan:20

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Buah Melaka, Resepi yang sangat mudah, hanya ikut langkah-langkah yang di nyatakan pasti menjadi, Buah Melaka adalah hidangan kuih muih terkenal dan sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: