Resepi Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap

Ayam Masak Kurma Pekat Dan Sedap
  • Masa Penyediaan: 20 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:5-6 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India Cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah. Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya. Che Nom akan tunjukkan cara-cara yang terperinci untuk sediakan hidangan klasik ni. Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam ulaman. Sesuai juga dimakan bersama nasi tomato.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah
    • 2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
    • 1 pek rempah kurma/ 3 sudu besar
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk ayam masak kurma :
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • daun kari
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang karot
    • 1 biji kentang
    • 1 mangkuk kecil santan cair
    • 1 biji bawang besar
    • 1 mangkuk kecil santan pekat
    • 1 biji tomato
    • 2 biji cili hijau, belah 2
    • 2 biji cili merah, belah 2
    • 3 biji cili padi
    • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  2. Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
  5. Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
  7. Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, Che Nom tambah sedikit air putih…kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
  8. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.
  9. Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
  10. Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
  11. Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
  12. Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
  13. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
  14. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
  15. Perasakan dengan garam secukupnya.

Tips:

  • Che Nom masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: