Resepi Ayam Goreng Madu

Ayam Goreng Madu
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:3

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Ayam Goreng Madu yang mudah dan sedap, di perap bersama kicap manis, kunyit, halia, bawang, serai dan di salut madu pastinya menjadi kegemaran.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • Bahan kisar:
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 btg serai

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
  2. Goreng sehingga ayammasak/keperangan.
  3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Terbaik jika dibiarkan ayam diperap semalaman.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: