Resepi Ayam Goreng Berempah

  • Masa Penyediaan: 1 jam,
  • Masa Memasak:20 minit,
  • Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja.

Apa yang paling istimewa tentang resepi ini ialah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi sedap dan wangi ayam gereng berempah ini. Juga lagi lama ayam diperap, lagi sedap dan lembut rasanya. Boleh juga perap di malam hari jika anda nak sediakan untuk sarapan pagi bersama nasi lemak. 

Satu lagi pesanan, jika anda tak ada serbuk bahan bertanda (*) jangan risau, oleh gantikan biji rempah yang asli dan kisar halus bersama bahan-bahan kisar yang lain.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah
    • 3 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.

Tips:

  • Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  • Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: