Resepi Ayam Goreng ala KFC

Ayam Goreng Ala Kfc
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Ayam Goreng ala KFC, tapi menggunakan bahan campuran mengikut selera sendiri. Ayam goreng ni memang favourite saya sekeluarga. Sangatlah mudah dan cepat nak disediakan. Tepung Kentucky tu tak kisah jenama apa. Saya biasa gunakan jenama Joji atau Puas.

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ayam, bahagian kesukaan anda
  • 1/2 bungkus atau 100 gram tepung serbaguna Kentucky
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang merah
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang merah dan tumbuk kasar.
  2. Lumurkan bawang dan secubit garam pada ayam kemudian perap selama 5 hingga 10 minit.
  3. Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam, atau boleh juga dalam periuk yang berpenutup.
  4. Ambil dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan kacau sebati di dalam mangkuk yang pertama.
  5. Di dalam mangkuk yang kedua, tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.
  6. Celup ayam di dalam telur dan kemudian gaulkan pula di dalam tepung. Pastikan salutan sekata menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam.
  7. Goreng dalam minyak panas di atas api sederhana dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini adalah supaya isi ayam masak sempurna di bahagian dalam. Ulang proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Apabila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.
  8. Angkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: