Resepi Air Asam Tomato

Air Asam Tomato
  • Masa Penyediaan: 25 Minit,
  • Masa Memasak:0 Minit,
  • Jumlah Hidangan:4

Resepi Oleh: Che' Nom

Air Asam Tomato Resipi dari Kedah, Menggunakan Tomato dan Air Asam sebagai bahan asas, resepi istimewa untuk dimakan bersama ikan bakar

Bahan-Bahan:

  • 1 Biji Tomato
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Cawan Air Asam Jawa
  • Perahan Limau Nipis- 1 Biji
  • 2 Sudu Besar Sos Ikan
  • Garam & Gula
  • Bahan untuk dikisar (kisar kasar):
    • 3 Biji Cili Merah
    • 6 Tangkai Cili Padi
    • 2 CM belacan Panggang

Cara Penyediaan:

  1. Potong nipis tomato dan bawang besar
  2. Campurkan dengan bahan kisar kasar, air asam jawa dan sos ikan.
  3. Perahkan jus limau.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: