Pohon Bantuan Anda

Sebagai blogger kami sangat bergantung kepada trafik ataupun pelawat yang masuk ke web/blog kami dimana pendapatan dapat dijanakan berdasarkan iklan yang disiarkan.

Kami telah berbelanja wang dan masa yang banyak untuk menghasilkan resepi yang berkualiti, gambar yang menarik dan website yang pantas demi untuk pelawat website kami dengan selesa. Bayangkan berapa banyak wang dikeluarkan untuk membeli komputer, kamera, lens, bahan pencahayaan dan sewa hosting . Di iResipi.com kami sangat menjaga kualiti resepi yang disiarkan, oleh itu setiap resepi akan dicuba terlebih dahulu, masa yang dilaburkan untuk perancangan, kajian dan penyediaan terhadap sesebuah resepi itu sangatlah bermakna pada kami dan haruslah mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha kami.

Namun apa yang menyedihkan resepi kami diambil tanpa kebenaran dan dipaparkan di Faceboo/Blog/Youtube. Sudahlah tidak dinyatakan sumber dan diberikan "back-link", malahan tanda "watermark" kami juga dipotong. Dan lebih menyedihkan jumlah paparan contohnya di Facebook lebih tinggi berbanding website kami sendiri. Bayangkan perasaan anda apabila resepi yang anda paparkan di web/blog tak sampai satu hari sudah berada di Facebook, belum hilang penat lelah kami menyediakan resepi dan bertungkus lumus disesi fotografi.

Dalam hal ini yang untung adalah:

  • Facebook kerana iklan yang disiarkan diwebsite mereka berdasarkan kandungan dan gambar dari iResipi.com.
  • Individu yang menge"share" kandungan kami kerana perniagaan mereka dapat diiklankan di Fan Page atau Facebook individu mereka akan mendapat lebih banyak paparan sekiranya lebih banyak Fan/Follower tanpa sebarang kos.
  • Website/Blog - juga kerana iklan yang disiarkan diweb mereka tanpa sebarang kos untuk menghasilkan kandungan.

Lama kelamaan blogger dan website seperti kami akan gulung tikar kerana tiada lagi orang yang berminat untuk masuk ke website kami kerana semuanya maklumat lanjut contohnya bahan, cara dan tips sudah ada di Facebook. Kami memerlukan sumber pendapatan untuk membayar kos web ini dan juga untuk menyara keluarga, jadi kami sangatlah mengharapkan bantuan dari anda sekiranya anda menjumpai mana-mana kandungan website ini diambil tanpa izin:

  1. Capture screen atau rakam video website yang mengambil gambar dan kandungan website ini.
  2. Komen pada post yang telah ambil tanpa izin contohnya di Facebook post seperti ini: "Resepi original boleh didapat di http://iresipi.com/resepi/kuih-cara-berlauk/show".
  3. Hubungi kami di: [email protected] untuk melaporkan kandungan yang diambil dari iResipi.com.

Ini adalah kerana setiap gambar dan kandungan yang dihasilkan adalah hakcipta terpelihara dan tertakluk kepada The Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Mana-mana webite yang dikategorikan sebagai "safe harbor" seperti Facebook, Google, Youtube, Twitter & Instagram berhak mematuhi undang-undang DMCA. Sekiranya laporan dibuat web seperti Facebook dan Google haruskan membuang kandungan tersebut dan sekiranya kesalahan yang sama dilakukan berulang kali Fanpage/Web tersebut akan di"ban" selamanya.

Kami momohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, tujuan kami hanya untuk menyuarakan hak kami, bersamalah kita mencari rezeki yang diredhai Allah tanpa menzalimi hak orang lain. Sekian terima kasih, semoga dengan bantuan anda kami dapat menyiarkan lebih banyak resepi yang berkualiti tinggi dan bermanfaat.

Sumber