• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Vanilla Cupcake

Vanilla Cupcake

Resepi Vanilla Cupcake yang tak susah sangat nak buat.. Mesti menjadi.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 12 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk cupcake:
  • 125g tepung naik sendiri
  • 125g gula kastor
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g unsalted butter,
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
Bahan untuk buttercream:
  • 200g unsalted butter
  • 400g gula icing, ayak
  • 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara untuk cupcake:
  1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Cara untuk buttercream:
  1. Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
  2. Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  3. Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
  4. Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.

Resepi Berkaitan