Resepi Ungkep Ayam

Ungkep Ayam

Masakan jawa ini sangat mudah dimasak. Ia tidak memerlukan bahan-bahan yang susah. Rasanya lazat dan hampir menyamai masakan rendang. Anda harus cuba resepi ini untuk merasai keenakannya.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 1kg ayam - potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak
Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  3. Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
  4. Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih ,tak perlu masak sampai kering.
  5. Aangkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips

  • Boleh guna serbuk ketumbar, jintan manis dan putih juga. Pastikan bahan- bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.

Resepi Berkaitan