Udang Sweet Sour

  • Masa Penyediaan: 15 |
  • Masa Memasak:20 |
  • Jumlah Hidangan:2

Oleh: Che' Nom

Resepi Udang Sweet Sour, Masakan laut yang istimewa, Tomato memberikan rasa Sweet Sour dan Udang segar pastinya sedap di makan.

Bahan-Bahan:

  • 5-6 ekor udang saiz besar
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu kecil cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • nenas (dipotong cube)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • daun bawang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Bahan hiris halus:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cm halia

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak, angkat dan asingkan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan hiris halus sehingga wangi.Kemudia masukan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan masukan sos cili,sos tomato, sos ikan dan sedikit air. Kacau sebati sehingga mendidih.
  3. Masukkan udang, nenas dan bawang besar. Masak seketika, angkat dan hiaskan dgn daun bawang.

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: