• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Tomyam Thai Istimewa

Tomyam Thai Istimewa

Resepi tomyam ini adalah versi tom yam kung yang berkuah pedas dan merah. Satu lagi versi tomyam adalah yang berkuah putih. Untuk tomyam kali ini, saya cuba masak dengan menggunakan tomyam paste yang dibuat sendiri menggunakan resepi authentic dari Thailand.

Antara keistimewaan masakan Thai adalah bahan rempah yang digunakan adalah semuanya dari bahan yang segar, contoh nya halia, lengkuas, daun limau purut dan banyak lagi. Nak masak tomyam paste ni memang makan masa dan tenaga yang lebih, tapi yang berbaloinya adalah jika masak tomyam pakai paste homemade ni, kuah akan jadi pekat dan memang sangat lazat.

Pastikan bahan utama yang digunakan sama ada ayam atau seafood adalah segar, sebab jika segar bahan tersebut..kuah tomyam akan jadi sungguh sedap. Jika anda malas, gantikan saja dengan dengan 1 paket tom yam paste yang dibeli dari kedai dan terus rujuk kepada langkah untuk masak kuah Tom Yam sahaja.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

Bahan untuk tomyam paste:
  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis
Bahan untuk kuah Tomyam:
  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:

Cara untuk tomyam paste:
  1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
  3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara untuk masak tomyam:
  1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips

  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.
  • 2016-03-28 Siti Farah Dyana

    pergh sgt sedap sampai ade yg order suruh buatkan..thankz utk resepi ni ye..👍👍👍

  • 2016-01-27 Mashitah Mamat

    fuhhhhh, tengok gmbr nya pon dah sedapp..mintak izin nk guna resipi...tetiba perut berkeriutttt...hihihih

  • 2015-08-07 Jaenah Rahman

    saya dah cuba memang sedap

  • 2015-07-28 Hasrul Hassan

    Wahh memang nampak sedap resepi tom tam istimewa ni ... kalau guna pes original dari Thai memang terangkat .. terima kasih kerana berkongsi resepi ni ye.

  • 2015-06-27 Che Nom

    Thanks Yasmin!! 😄😄

  • 2015-06-25 Yasmin Zahori

    Fuhhbbb memang sedappp !! baru try buat paste tomyam dia tadi and masak utk brbuka . Semua puji . Recommended . Share jugak website ni dkt kwn2 suruh dia tgok the details . Sbb ramai terliur dgar cerita saya 😂❤ Thanksss @che_nom owner iresepi

  • 2015-05-25 nor afidah mohd daud

    nak mintak copy resepi ni..nampak sedap jer.. :)


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]