• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Telur Masak Kurma

Telur Masak Kurma

Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.

Menu ini esuai dihidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dihidangkan bersama nasi yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar. Kalau di sebelah utara, memang Telur Masak Kurma ni menjadi kegemaran ramai. Che Nom juga suka hidangkan kepada anak-anak kerana kuahnya kurang pedas.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang karot
  • 1-2 biji kentang
  • 1 keping kecil asam gelugor
  • 2 biji cili hijau atau merah
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji bawang besar, potong 6
  • 1 senduk minyak masak
  • daun ketumbar (optional)
  • bawang goreng (optional)
Bahan-bahan rempah tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
Bahan-bahan tumbuk kasar:
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
  4. Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
  5. Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.

Tips

  • Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur, ATAU satu lagi cara yang mudah ialah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
  • Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran 1 kotak santan bersama 1 mangkuk air untuk resepi ini.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]