• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Sos Cili Thai

Sos Cili Thai

Resepi Sos Cili Thai, sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sos ini rasanya manis, pedas dan masam secukup rasa. Sedap dihidangkan sebagai pencicah kepada Ayam Pandan Thai (resepi di SINI), atau juga boleh dihidangkan bersama keropok ikan goreng mahupun sotong goreng tepung.

Kebiasaannya, jika kita ke restoran Thai, sos begini memang digunakan sebagai sos pencicah utama. Untuk lebih pedas atau kurang pedas, anda boleh mengagak sendiri cili padi yang dimasukkan ke dalam sos. Che Nom memang sangat suka kan sos cili Thai berbanding sos cili biasa. Boleh disediakan dan disimpan di dalam peti ais untuk kegunaan akan datang.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili padi merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar cili merah, cili padi merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ke dalam blender bersama gula, cuka dan air. Kisar sehingga bahan-bahan hancur tetapi masih kasar. Jangan terlalu halus.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak di atas api kecil. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
  4. Masak seketika sehingga sos menjadi pekat.

Tips

  • Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Jika sos terlalu cair, tambah sedikit bancuhan tepung jagung.

Resepi Berkaitan