• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Singgang Pedas Ikan Kembung

Singgang Pedas Ikan Kembung

Resepi yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus. Masakan ni walaupun mudah tetapi sangatlah membuka selera lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan yang segar. Jom cuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik
  • daun kesum
  • 1 inci lengkuas, hiris nipis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
  • 3 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]