Resepi Siakap Stim Taucu

Siakap Stim Taucu

Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 25 minutes
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor siakap (sederhana besar)
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • cili merah
  • 1 biji tomato
  • daun ketumbar/ daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
  2. Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
  3. Kukus dalam pengukus selama 15 minit
  4. kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
  5. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
  6. Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.

Resepi Berkaitan

  • Recipe By:Che' Nom

  • Blog: Temptandtaste.com
  • Total Recipe: 117
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Mencari atau ingin mengiklankan Homestay secara Percuma!, Sila lawati :

Homestayku.com

*Sekiranya anda mengiklankan homestay anda di homestayku.com, homestay anda berpeluang untuk dipaparkan di iResipi.com dengan paparan sebanyak 20 ribu kali sehari secara Percuma!