• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Shepherd's Pie

Shepherd's Pie

Resepi Shepherd's Pie atau nama lainnya Cottage Pie, menu classic British yang memang sangat sedap menggunakan 2 bahan utama iaitu daging dan kentang. Resepi ini diambil dari Chef Marco Pierre White, chef terkemuka British dan sangat dihormati. Untuk resepi asal Chef Marco menggunakan herba fresh Thyme, tetapi saya gantikan dengan dried bay leave. Ada yang mengatakan Shepher's pie mendapat nama dari Sheep kerana resepinya menggunakan lamb mince, tapi boleh aja kalau nak gunakan daging lembu atau ayam mengikut selera anda. Kentang pula lebih baik digunakan kentang USA, atau russet potatoes kerana teksturnya yang halus dan gebu untuk dibuat bahan asas iaitu mashed pototo. Sila ikut langkan demi langkah yang saya coretkan, anda pasti puas hati dengan hasilnya. Ok,cukuplah membebel dan jangan segan untuk mencuba ya :)

Ditulis oleh : Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g daging kisar (boleh juga digantikan dengan ayam atau kambing)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar kuning, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 10g tepung gandum
  • 1 sudu besar Worcestershire sauce
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 ketul kiub daging Knorr
  • 1 helai daun bay
  • 1 batang celeri, potong kiub kecil
  • 500 ml air
  • 1 batang kentang, potong dadu besar dan rebus
  • garam secukup rasa
Bahan untuk kentang putar:
  • 1 kg kentang USA atau russet
  • 1/2 cawan susu full cream Dutch Lady
  • 40g butter

Cara Penyediaan:

Cara untuk kentang putar:
  1. Kupas kulit kentang dan potong kepada 2-3 bahagian. Rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
  2. Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher. Masukkan pula susu dan butter dan kacau sekata.
Cara untuk Shepherd's pie:
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti bawang putih dan celeri.
  2. Selepas itu masukkan pula daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging lebih sedap.
  3. Apabila daging kisar telah kering airnya masukkantepung dan kacau seketika. Masukkan pula sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
  4. Tuang air ke dalam daging da masukkan kiub daging dan daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam (tapi Che Nom masak 1/2 jam sahaja kerana tak cukup masa). Angkat keluar daun bay.
  5. Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca (Che Nom gunakan seramik pie dish berdiameter 26 cm. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
  6. Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
  7. Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
  8. Sejukkan Shephard's pie dan potong untuk menghidang.

Resepi Berkaitan