• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Sardin Roll

Sardin Roll

Resepi Sardin Roll, sesuai untuk minum petang. Resepi doh untuk kulit sardin roll saya ambil dari cara untuk membuat short crust pastry, iaitu butter yang digaulkan bersama tepung sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti. Ketulan butter yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup, rasa doh yang menggunakan butter juga sedap. Pastikan doh direhatkan di dalam peti sejuk secukupnya.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 70 gram mentega sejuk, potong kiub
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 40 ml air sejuk
  • 1 biji telur, untuk sapu
Bahan untuk inti sardin:
  • 1 tin kecil sardin
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 biji bawang merah, cincang halus
  • 1 biji kentang, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 biji cili api, hiris nipis
  • 1 sudu besar mayonis
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
  2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
  4. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
  5. Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
  6. Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.
Cara untuk memasak inti sardin:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
  3. Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
  4. Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.

Resepi Berkaitan