• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Resepi Sambal Tumis Sotong, salah satu menu kegemaran keluarga saya. Jika anda lihat gambar, sotong dimasak seekor tanpa dipotong. Boleh dipotong jika anda suka. Untuk mendapatkan kuah sambal yang sedap pastikan cili kisar dimasak lama sehingga pecah minyak.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

  • 500 gram sotong
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk cili kisar:
  • 15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.
  3. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Resepi Berkaitan