• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit

Masakan ala kampung yang pasti menjadi pembuka selera.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 200g ikan bilis
  • 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2-3 senduk besar minyak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar, potong 4

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.

Tips

  • Pastikan sambal dimasak dalam minyak yang banyak, dan anda boleh buang lebihan minyak sebelum menghidang.

Resepi Berkaitan