• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Sambal Kering Kentang dan Ikan Bilis

Sambal Kering Kentang dan Ikan Bilis

Resepi kali ini agak special bagi Che Nom.. sebab ini adalah sambal kegemaran dan kerap sangat buat kat rumah. Sambal kering ni memang sungguh sedap..lebih lagi bila dimakan bersama lauk berkuah seperti sup ayam atau sup daging. Bahan pun tak susah...bahan yang selalu ada kat pantry dapur. Jom semak resipi di bawah :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 3 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
  3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.

Tips

  • Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

Resepi Berkaitan