Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Goreng

  • Masa Penyediaan: 10 |
  • Masa Memasak:10 |
  • Jumlah Hidangan:4

Oleh: Che' Nom

Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Goreng pembuka selera, Ikan bilis yang di goreng rangup dan tempe segar menjadi hidangan sampingan bersama lauk utama

Bahan-Bahan:

  • 1 keping besar tempe (dipotong nipis)
  • 250 gram ikan bilis halus
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • gula dan garam secukup rasa
  • Bahan untuk di cincang halus
    • 2 ulas bawang putih*
    • 2 ulas bawang merah*

Cara Penyediaan:

  1. Cincang halus bahan *
  2. Dalam kuali berasingan, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Asingkan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak.
  4. Tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan cili kisar ,sos cili dan gula. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan ikan bilis dan tempe, kacau rata. Tambah garam ikut rasa.
  7. Tips: Ikan bilis sudah mempunyai rasa masin Berhati-hati bila menambah garam.

Resepi Berkaitan: