• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Roti Sarang Lebah

Roti Sarang Lebah

Roti Sarang Lebah yang sangat popular sekarang ni, resepi di ambil dari kelab Roti FB. Tak pasti dari mana asalnya resepi roti ni, tapi saya akui memang roti ni sangat sedap dan lembut ditambah pula dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang lain,ditambah lagi apabila dimakan dengan sos butterscotch yang sangat 'rich'. Rugi kalau tak cuba resepi ini :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 60 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 85 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh roti:
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
  • 1/4 cawan plain yogurt
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air suam
Bahan untuk taburan/hiasan:
  • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
  • sedikit sliced almond
  • bijan hitam
  • biji labu atau biji bunga matahari
Bahan untuk sos butterscotch:
  • 25 gram butter
  • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara untuk Roti:
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
  2. Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
  3. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
  5. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.
Cara untuk sos butterscotch:
  1. Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.

Resepi Berkaitan