• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Resepi Play-Doh

Resepi Play-Doh

Resepi playdoh yang sangat menarik untuk dicuba, terutamanya bersama anak-anak. Tekstur yang hampir sama dengan play dough yang dibeli di Toy Store.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 | Memasak: 5 | Keseluruhan: 25 minutes
Jumlah Hidangan : 5 adunan kecil

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar Cream of Tar Tar
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 1 cawan besar garam halus
  • beberapa jenis pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan di dalam periuk, dan masak dengan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi keras dan bergumpal.
  2. Sejukkan seketika dan bahagi adunan kepada beberapa bahagian yg anda suka.
  3. Titiskan pewarna di setiap adunan yang dibahagikan tadi dan uli sehingga warna menjadi sebati.

Tips

  • Pastikan anda mengacau sehingga adunan menjadi bergumpal dan sedikit keras kerana jika lembik, play doh akan sukar dibentuk.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]