Resepi Pulut kuning

Pulut kuning(nasi kunyit) Oleh:Wawa Chichik Like: Buku Resepi

Ditulis oleh :

Visit or Like Facebook/bukuresepi

Jumlah Hidangan :

Bahan-Bahan:

  • 3kg beras pulut susu
  • 3 keping asam gelugor
  • 3sudu kecil serbuk kunyit@ 2inci kuning hidup
  • 1kg santan
  • 2sudu besar gula
  • 2sudu besar garam halus
  • 100gm halia
  • 50gm bawang merah
  • 30biji lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Cuci bersih beras pulut, kemudian letak serbuk kunyit@kunyit hidup yg diketuk(sy suka kuning hidup sbb warnanya cerah bersih),masukkan air bagi tenggelam beras lebih kurang 2 inci lebih dr beras. Masukkan asam keping sekali dlm rendaman pulut.
  2. Rendam selama 5-8jam.
  3. Selepas 5-8jam, basuh cuci beras tadi dan toskan. Buang asam keping dan kunyit ketuk td.
  4. Alaskan pengukus dgn daun pandan, dan letak beras pulut td dlm bekas pengukus.
  5. Racik halus halia dan bawang merah,kemudian tabur atas beras td bersama lada hitam(biji).
  6. Kukus selama 30minit utk mendapat pulut yg betul2 lembut dan wangi.
  7. Sementara itu, dlm periuk asing, masak santan bersama air,garam,dan gula. Kacau sentiasa agar tak berketul.Matikan api bila betul2 mendidih.
  8. Angkat pulut dr pengukus td, dan gaul sebati bersama santan yg dimasak. Gaul sehingga betul2 sebati@ terbit minyak.
  9. Sedia utk dihidang.Hias mengikut kreativiti. Enak dimakan bersama kambing masak merah,kari daging pekat,@rendang daging.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: iresipimanager@gmail.com