• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Pulut Kuning Kukus

Pulut Kuning Kukus

Resepi pulut kuning yang tak susah sangat untuk dimasak. Kunci utama kesedapannya ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya.

Macam tu la bonda Che Nom ajar dulu. Beras pulut pula harus direndam semalaman supaya lembut apabila dikukus. Jika rendam tak cukup masanya pulut akan jadi keras di dalam apabila dikukus. Che Nom hidang pulut kukus ni bersama daging kerutub, boleh juga dimakan dengan rendang ayam . Selamat Mencuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  2. Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  3. Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]