Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel Tanpa Telur

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur, dessert atau pencuci mulut yang sangat sedap. Sesuai untuk sesetengah orang yang kurang gemar dengan puding karamel yang menggunakan banyak telur atau sensitif kepada rasa hanyir telur.

Cara pun mudah kerana puding ini tak perlu dibakar atau dikukus, cuma sejukkan di dalam peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan. Teksturnya pun cantik, licin dan lembut. Selamat mencuba.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk gula karamel:
  • 1/4 cawan gula
  • 3 sudu besar air
Bahan-bahan untuk puding:
  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk gula karamel:
  1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
  2. Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).
Cara-cara untuk membuat puding :
  1. Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
  2. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
  3. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

Tips

  • Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]