Resepi Puding Aiskrim Oreo

Puding Aiskrim Oreo

Resepi Puding Aiskrim Oreo, resepi mudah yang menggunakan Biskut Oreo, Aiskrim, Susu cair dan agar-agar sebagai bahan asas, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 20

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  • 2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
  • 1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
  • Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
  • sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)

Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering.
  3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  5. Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang
  6. Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap

Resepi Berkaitan

Mencari atau ingin mengiklankan Homestay secara Percuma!, Sila lawati :

Homestayku.com

*Sekiranya anda mengiklankan homestay anda di homestayku.com, homestay anda berpeluang untuk dipaparkan di iResipi.com dengan paparan sebanyak 20 ribu kali sehari secara Percuma!