• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom dan tak pernah jemu dimakan. Kalau nak beli sayur pucuk paku, pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar lagi.

Masak lemak cili api ni seperti yang ramai sedia maklum berasal dari Negeri Sembilan. Lagi sedap kalau kita gunakan jenis cili kampung dan kunyit segar. Rasanya dan aromanya pasti memikat selera. Jom masak :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 ketul kecil kunyit hidup
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips

  • Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Resepi Berkaitan