• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Peria Goreng Telur

Peria Goreng Telur

Resepi Peria Goreng Telur yang ringkas dan sedap. Ini adalah masakan sayur kegemaran Che Nom, dan peria juga sangat bagus untuk kesihatan. Bagus dimakan oleh penghidap kencing manis dan juga dikatakan memberikan khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk menghilangkan rasa pahit peria yang terlalu kuat, rendam hirisan peria di dalam air garam seketika (Rujuk kepada ruangan tips).

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam dan gula utk menambah rasa
  • 3 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur.
  3. Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Tips

  • Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan.

Resepi Berkaitan