• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Pengat Pisang

Pengat Pisang

Resepi Pingat Pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai pencuci mulut. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pula dengan rasa masam dari pisang tanduk. Boleh juga gunakan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan. Kebetulan ada pisang tanduk yang dijual terus Che Nom teringatkan pengat pisang.

Cara nak buat amatlah mudah sekali, cuma jika anda gunakan santan segar rasanya lebih sedap berbanding santan kotak. Che Nom dapat satu tips yang amat berguna dari penjual pisang ni yang berasal dari Kelantan. Pisang setelah dipotong haruslah direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Selamat mencuba.

 

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 3-4 biji pisang tanduk
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair
  • (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu, bersihkan
  • 2-3 keping nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
  3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips

  • Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
  • Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.

© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]