• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Nasi Tomato

Nasi Tomato

Resepi nasi tomato dari bonda mertua. Hidangan yang sangat sesuai untuk santapan di hari raya dan berbuka puasa . Menggunakan tomato sup minyak sapi dan susu cair sebagai bahan utama .

Nasi Tomato ini sesuai dihidangkan bersama kuah dalca daging, ayam masak merah dan acar timun . Langkah untuk menyediakan nasi ini sangat mudah walaupun bahanya agak banyak.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
Bahan untuk di potong halus
  • 3 sm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
Bahan-bahan lain yang berkaitan:
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:

  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: iresipimanager@gmail.com