Resepi Nasi Goreng Nenas

Resepi nasi goreng dari Thailand

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu besar minyak
  • 2 cawan nasi
  • 1 mangkuk kecil nenas (potong kiub)
  • 1 biji telur
  • 6-7 ekor udang
  • serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • bawang goreng untuk hiasan
Bahan tumbuk kasar:
  • 4 tangkai cili hijau
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukan bahan tumbuk kasar, tumis hinga wangi, kemudian masukan udang kacau sehingga separuh masak.
  3. Kacau telur, tuang ke dalam kuali dan kacau kemudian masukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan dan nenas. Kacau sehingga sebati,angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.

Resepi Berkaitan

Sekiranya anda mempunyai resepi untuk dikongsi bersama sila emailkan butiran lanjut seperti, bahan-bahan, cara penyediaaan, tip berserta gambar kepada [email protected], maklumbalas anda jugak amat kami hargai untuk penambahbaikan halaman web ini

Mempunyai resepi untuk dikongsi bersama?

Daftar dan Kongsi Di sini