Resepi Nasi Ayam Sedap

Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com

  • 2014-08-27 Che Nom

    Sama-sama Laila :)

  • 2014-08-27 rafsri

    done tryinng this.. palatable...thanks for the recipes..(*_*)!

  • 2014-08-13 ami

    Memang sedap resepi nih..dh byk kali sy buat tqsm kpd yg empunya resepi

  • 2014-07-21 Che Nom

    Sama-sama Aisyah

  • 2014-07-21 aisyah

    dah try mmg sdp tq...

  • 2014-07-20 Laila

    Dah try resepi ni memang sedap, t.kasih Che Nom.

Resepi Berkaitan

Sekiranya anda mempunyai resepi untuk dikongsi bersama sila emailkan butiran lanjut seperti, bahan-bahan, cara penyediaaan, tip berserta gambar kepada iresipimanager@gmail.com, maklumbalas anda jugak amat kami hargai untuk penambahbaikan halaman web ini

Mempunyai resepi untuk dikongsi bersama?

Daftar dan Kongsi Di sini