• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Muffin Vanilla

Muffin Vanilla

Resepi Muffin Vanilla yang sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut. Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 10 cup

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Tips

  • Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.
  • 2016-06-07 Che Nom

    Hi Siti, boleh tukar dengan marjerin..rasa akan lain sikit. Lebih sedap kalau pakai butter. Tapi takda masalah kalau tukar. Boleh cuba :)

  • 2016-06-07 siti khadijah lee

    Hi kak, boleh tak butter diganti marjerin? rasanya akan berubah atau maintain mcm biasa? terima kasih..

  • 2016-03-25 Che Nom

    Untuk muffin tak perlu.

  • 2016-03-24 Ferra Mikaela

    X perlu guna mixer?

  • 2015-10-20 Che Nom

    Thanks Mas hamit :)

  • 2015-10-20 Mas hamit

    Dah cuba...memang sedap..tq

  • 2015-08-23 Che Nom

    Thanks for comment, Nur Syahirah :)

  • 2015-08-23 Nur Syahirah

    Wah dah jadi tadi baru buat muffin vanila cantik dan sedap. Yummy.


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]