• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Muffin Pisang Gebu

Muffin Pisang Gebu

Resepi muffin pisang yang sangat gebu, lembut dan enak. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang. Jika terdapat lebihan pisang di dapur anda, jangan bazirkan. Satu cara yang mudah untuk memperolehi hasil yang sangat memuaskan. Selamat mencuba.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 12 cup

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung (tepung plain flour atau tepung gandum)
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu kecil baking soda
  • 3 biji pisang besar, dilenyek
  • 1/3 cawan mentega, cairkan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
  2. Ayak tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam
  3. Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula, esen vanila, pisang dan mentega yang telah dicairkan.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim.
  6. Bakar selama 15-20 minit.

Tips

  • Untuk pastikan muffin sudah masak, cucukkan lidi atau bilah pencungkil gigi ke dalam muffin dan apabila ditarik keluar, bilah tetap bersih dan kering.
  • 2016-05-19 Che Nom

    Wsalam Mazura, maaf...typo error kat instruction tu. Arahan sepatutnya "butter yang telah dicairkan" ye. Tq :)

  • 2016-05-19 Mazura Musa

    Assalam..saya tak nampak bila nak masukkan butter, adakah ianya arahan yg ke tiga tu, (Vanila yg telah dicairkan)? Maaf bertanya sbb saya mmg tak tau masak.


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]