• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Muffin Pandan

Muffin Pandan

Resepi Muffin Pandan sedap dan mudah kegemaran keluarga, Muffin Pandan ini menggunakan pandan asli, tanpa perasa tiruan memberikan aroma yang menyelerakan.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 12 cup

Bahan-Bahan:

  • 180g butter
  • 140g gula halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 220g tepung gandum
  • 80 ml susu
  • 2 biji telur
  • pandan paste
  • coklat chip utk hiasan (optional)
  • 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 180 darjah Celsius
  2. Satukan tepung dan baking powder, ayakkan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar pada kelajuan sederhana sehingga sebati. Masukkan pula adunan tepung sedikit diselang selikan dengan susu. Kemudian masukkan esen vanila dan pandan paste. Putar seketika.
  4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Tips

  • Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat).

Resepi Berkaitan