• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Muffin Nutella

Muffin Nutella

Resepi Muffin Nutella, resepi muffin yang paling mudah dan sangat sedap. Hanya perlukan 3 bahan utama untuk menghasilkan muffin ini. Sesuai disediakan untuk sarapan dan minum petang. Resepi ini diinspirasikan dari laman www.justapinch.com.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 6 cup

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan Nutella
  • 10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (self-raising flour), ayak.
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Masukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati.
  3. Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin.
  4. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar
  5. Adunan menghasilkan 6 muffin yang bersaiz besar.

Tips

  • Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama 1/4 sudu serbuk penaik (baking powder) dan ayak.

Resepi Berkaitan