• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Mee Udang Istimewa

Mee Udang Istimewa

Resepi Mee Udang ala Sg.Dua, Pulau Pinang yang memang istimewa. Keluarga Che Nom sangat suka kan mee udang Sg,Dua yang sedap tak terkira tu sejak dari dulu lagi. Resepi ini diadaptasi dari blog mamak Haji, tetapi Che Nom ubah mengikut barang-barang yang ada kat dapur. Kalau diikutkan penerangan dari resepi, rahsia kesedapan mee udang ini adalah terletak kepada segarnya udang laut yang digunakan dalam kuah.

Kebetulan pula Che Nom memang ada beli udang laut yang besar dan segar kat pasar, jadi teringin sangat nak makan mee udang hasil air tangan sendiri. Jika tak ada udang laut, boleh juga jika nak gunakan udang biasa cuma pastikan udang yang bersaiz besar barulah sedap dan memikat selera jika dihidangkan. Kuah memang agak pekat dan manis secukup rasa kerana adanya keledek dan kentang rebus. Jom cuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g udang laut
  • 500g ATAU 1 bungkus mee kuning, celur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 8-10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
  • ATAU 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 senduk minyak masak
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut
Bahan untuk rebus dan lenyek halus:
  • 2 ketul ubi keledek merah
  • 3 ketul ubi kentang
Bahan untuk hiasan atau taburan:
  • bawang goreng
  • 3 biji telur, rebus dan belah dua
  • 2 ketul tauhu, goreng dan hiris nipis
  • daun bawang, hiris hipis
  • cili merah, hiris nipis
  • sayur sawi, potong dan celur
  • limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. Che Nom tak buang kepala udang sebab ikut cara restoran Sg.Dua.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek dan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat kerana nanti akak rasa muak.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes tomyam. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mee dan taburkan dengan bahan hiasan.

Tips

  • Cara untuk celur mee: Panaskan air sehingga mendidih, masukkan mee dan rendam selama 2-3 minit dan tapis. Bilas dengan air sejuk supaya proses pemanasan terhenti dan mee tidak akan jadi kembang.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: [email protected]