• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Mee Rebus Sedap

Mee Rebus Sedap

Resepi Mee Rebus yang pasti sedap, rahsia kepekatan dan kemanisan kuah mee rebus ini terletak pada ubi keledek yang direbus. Anda harus mencuba resepi ini, terbaik jika dihidangkan pada sambutan rumah terbuka.

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis
Bahan untuk kuah:
  • 1 senduk minyak masak
  • 500 g daging, hiris nipis
  • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu besar taucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 2 cm lengkuas, dititik
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak kuah:
  1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*)
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Cara untuk menghidang:
  1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

Resepi Berkaitan


© 2013 iResipi.com, · Privacy · Terms, Further inquiries please contact: iresipimanager@gmail.com