• Recipe By:Che' Nom

  • Total Recipe: 229
  • Location: Shah Alam
  • Instagram

Resepi Mee Hailam

Mee Hailam

Resepi Mee Hailam, yang sedap dan mudah. Che Nom masak hidangan ni pada hujung minggu lepas dan kesedapannya memang setanding dengan rasa mee Hailam di restoran Thai. Selamat mencuba :)

Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus
  • 1 mangkuk udang
  • 3 ekor sotong
  • kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur sawi, asingkan batang dan daun
  • 3 batang jagung muda, hiris nipis
  • 1/2 biji karot, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
Bahan untuk hiasan:
  • cili merah, hiris nipis
  • bawang goreng
  • limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Tuang kuah di atas mee dan hiaskan denagn cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

Resepi Berkaitan